Doa Istikharah
Dari Jabir bin `Abdullah al-Ansari bahawa beliau berkata:
“Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam telah mengajar kami supaya melakukan solat Istikharah dalam menentukan semua perkara sebagaimana Baginda mengajar kami surah dari Al-Quran. Baginda bersabda:
“Apabila seseorang kamu berasa ragu dalam sesuatu urusan maka rukuklah (solatlah) dengan 2 rakaat (tetapi) ia tidaklah diwajibkan.
Kemudian, berdoalah:
اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْتَخِيرُكَ بِعِلْمِكَ وَأَسْتَقْدِرُكَ بِقُدْرَتِكَ
وَأَسْأَلُكَ مِنْ فَضْلِكَ الْعَظِيمِ فَإِنَّكَ تَقْدِرُ وَلَا أَقْدِرُ
وَتَعْلَمُ وَلَا أَعْلَمُ وَأَنْتَ عَلَّامُ الْغُيُوبِ
“Ya ALLAH, sesungguhnya aku memohon petunjukMU menurut pengetahuanMU, dan aku memohon ketetapan dengan kekuasaanMU, dan aku memohon dari kelebihanMU Yang Maha Agung kerana sesungguhnya ENGKAU lah yang berkuasa dan aku tidak berkuasa, dan ENGKAU lah mengetahui dan aku tidak mengetahui, dan ENGKAU lah Tuhan Yang Mengetahui perkara-perkara ghaib.
اللَّهُمَّ إِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ أَنَّ هَذَا الْأَمْرَ خَيْرٌ لِي فِي دِينِي وَمَعَاشِي وَعَاقِبَةِ أَمْرِي فَاقْدُرْهُ لِي وَيَسِّرْهُ لِي ثُمَّ بَارِكْ لِي فِيهِ
Ya ALLAH, jika ENGKAU tahu bahawa urusan ini baik untukku, pada agamaku, pada kehidupanku dan pada akibat urusanku, maka tentukanlah ia untukku dan mudahkanlah ia untukku, kemudian berkatilah untukku padanya.
اللَّهُمَّ إِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ أَنَّ هَذَا الْأَمْرَ شَرٌّ لِي فِي دِينِي وَمَعَاشِي وَعَاقِبَةِ أَمْرِي فَاصْرِفْهُ عَنِّي وَاصْرِفْنِي عَنْهُ وَاقْدُرْ لِي الْخَيْرَ حَيْثُ كَانَ ثُمَّ رَضِّنِي بِهِ
Ya ALLAH, jika ENGKAU tahu bahawa urusan ini buruk untukku, pada agamaku, pada kehidupanku dan pada akibat urusanku, maka jauhkanlah ia dariku dan jauhkanlah aku darinya, dan tentukanlah untukku kebaikan di mana sahaja ia berada, kemudian jadikanlah aku redha dengannya.”
Kemudian Rasulullah bersabda lagi:
“Kemudian dia menyebutkan apakah hajatnya…”
(HR al-Bukhari)