Suatu hari, anak Imam Ahmad bin Hanbal iaitu Abdullah bin Ahmad bertanya kepada bapanya akan satu soalan: “Wahai bapaku, bilakah masanya kita betul-betul boleh berehat?”
Sambil memandang lembut ke dalam mata anaknya, Imam Ahmad bin Hanbal dengan penuh hikmah dan tenang lalu menjawab soalan anaknya itu: “Kita hanya betul-betul boleh berehat apabila kaki kita sudah melangkah masuk ke dalam Syurga.”
Janji Allah dalam firmanya:
Dan orang-orang yang bertakwa kepada Tuhannya dibawa ke dalam syurga berombong-rombongan (pula). Sehingga apabila mereka sampai ke syurga itu sedang pintu-pintunya telah terbuka dan berkatalah kepada mereka penjaga-penjaganya: "Kesejahteraan (dilimpahkan) atasmu, berbahagialah kamu! maka masukilah surga ini, sedang kamu kekal di dalamnya". Azzumar-73
Jawapan
yang dilontarkan oleh Imam Ahmad bin Hanbal kepada anaknya di atas
telah betul-betul menjentik hati kita tatkala mendengarnya . Kata-kata
ini adalah antara kata-kata yang akan selalu terngiang di dalam benak
kita terutama ketika datang perasaan mahu berehat-rehat dan
bermain-main. Nasihat ringkas tapi mendalam dengan makna dan nilai yang
diucapkan oleh Imam Ahmad ini dapat menepuk kita supaya sedar akan
hakikat kehidupan di dunia ini. Kita di dunia ini selalu sangat banyak
berehat dan mencari masa untuk berehat. Sedangkan dunia bukanlah
tempat untuk kita berehat. Ia tempat untuk kita bersungguh-sungguh
mencari bekal buat perjalanan menuju Hari Akhirat.
وَأُدْخِلَ الَّذِينَ
آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِنْ تَحْتِهَا الأنْهَارُ
خَالِدِينَ فِيهَا بِإِذْنِ رَبِّهِمْ تَحِيَّتُهُمْ فِيهَا سَلامٌ
Dan
dimasukkanlah orang-orang yang beriman dan beramal saleh ke dalam syurga yang
mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya dengan seizin Tuhan
mereka. Ucapan penghormatan mereka dalam surga itu ialah "salaam" -Ibrahim 23
Fokus kebanyakan kita adalah dunia, dunia. Ramai di kalangan kita yang mencari kerehatan di dunia. Melepaskan setiap masa yang berlalu tanpa diisi dengan sesuatu yang bermanfaat untuk Hari Akhirat. Sepatutnya setiap masa yang terluang diisi dengan sesuatu yang bermanfaat. Paling kurang pun ialah mengingati Allah samada di dalam hati atau mengucapkan kalimah-kalimah dzikir Allah.Janji Allah lagi kepada orang yang beriman:
مَثَلُ الْجَنَّةِ الَّتِي
وُعِدَ الْمُتَّقُونَ تَجْرِي مِنْ تَحْتِهَا الأنْهَارُ أُكُلُهَا دَائِمٌ
وَظِلُّهَا تِلْكَ عُقْبَى الَّذِينَ اتَّقَوْا وَعُقْبَى الْكَافِرِينَ
النَّارُ
Perumpamaan
syurga yang dijanjikan kepada orang-orang yang takwa ialah (seperti taman).
mengalir sungai-sungai di dalamnya; buahnya tak henti-henti, sedang naungannya
(demikian pula). Itulah tempat kesudahan bagi orang-orang yang bertakwa; sedang
tempat kesudahan bagi orang-orang kafir ialah neraka.-Arra'd 35
Sebab
itu kita selalu mendengar dan melihat para ulama saban siang dan malam
mengisi masa mereka dengan sesuatu yang penting untuk Islam. Bukan
sahaja amalan-amalan fardhu mereka kerjakan, bahkan amalan-amalan sunat
sentiasa mengisi masa terluang mereka. Siang mereka, mereka isi dengan
mengajar ilmu, berpuasa dan berjuang di jalan ALLAH. Malam mereka,
mereka isi dengan bacaan al-Quran, solat sunat dan tahajjud kepada
ALLAH. Sedangkan kita jarang sekali ingin menyusahkan diri dengan
ibadah-ibadah.
Betapa jauh sekali iman kita dengan mereka.
Mereka sanggup bersusah payah di dunia ini, berkorban harta dan
melepaskan waktu rehat mereka, semata-mata untuk mendapatkan tempat
rehat yang mereka idamkan iaitu Syurga. Dan itulah jalan yang ditempuhi
oleh semua orang-orang soleh sejak zaman Nabi sallAllahu `alaihi
wasallam
hinggalah Hari Qiamat.
Tentang hakikat dunia ini, Rasulullah pernah menasihati Ibnu `Umar sambil memegang bahu Ibnu `Umar yang maksudnya:
“Jadilah engkau di dunia ini seperti orang asing atau penyeberang jalan.” (HR al-Bukhari)
Hadis
ini bermaksud bahawa dunia ini bukanlah tempat kita untuk
bersenang-lenang dan bukan juga destinasi kita. Orang asing atau
penyeberang jalan tidak akan duduk rehat lama di kawasan yang bukan
tempat tinggalnya. Dia pasti mahu meneruskan perjalanan dengan
sungguh-sungguh menuju ke kampung halamannya. Dan kampung halaman bagi
orang-orang beriman ialah Syurga. Ke sanalah tempat tuju dan idaman
kita.
Semoga Allah memberikan hidayah dan taufiq buat kita, ahli
keluarga kita semua kita tentang hakikat kehidupan ini. Betapa Hari
Akhiratlah tempat tujuan kita. Di dunia ini bukan tempat berehat kita.
Ia tempat kita singgah dan mencari sebab keredhaan Allah
melalui amalan-amalan soleh. Di Syurga nantilah tempat kita semua tuju
dan berehat selama-lamanya.
إِنَّ الَّذِينَ آمَنُوا
وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ لَهُمْ جَنَّاتُ النَّعِيمِ
خَالِدِينَ فِيهَا وَعْدَ اللَّهِ حَقًّا وَهُوَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ
خَالِدِينَ فِيهَا وَعْدَ اللَّهِ حَقًّا وَهُوَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ
Sesungguhnya
orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal-amal saleh, bagi mereka
surga-surga yang penuh kenikmatan, Kekal mereka
di dalamnya; sebagai janji Allah yang benar. Dan Dialah Yang Maha Perkasa lagi
Maha Bijaksana.-Luqman 8-9
Semoga Allah mengurniakan kita semua akan redhanya dan Syurganya. Dan semoga saya dan kita semua dilindungi Allah dari kemarahannya dan Nerakanya, amin…
Semoga Allah mengurniakan kita semua akan redhanya dan Syurganya. Dan semoga saya dan kita semua dilindungi Allah dari kemarahannya dan Nerakanya, amin…
والله أعلم بالصواب والله تعالى أعلىو أعلم
و إلى اللقاء إن شاء الله تعالى
والسلام علبكم و رحمة الله و بركاته
وَتَعَاوَنُوا عَلَى الْبِرِّ وَالتَّقْوَىٰ ۖ وَلَا تَعَاوَنُوا عَلَى الْإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ
(٢ :سورة المائدة) Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan permusuhan.(Al-Maidah:2)
كلمتان خفيفتان علي اللسان ثقيلتان في الميزان حبيبتان إلي الرحمن سبحان الله وبحمده سبحان الله العظيم
2 kalimah yang ringan di lidah,berat di atas neraca timbangan
dan disukai oleh Allah Tuhan Yang Maha Pengasih ialah:سبحان الله وبحمده سبحان الله العظيم
SUBHANALLAH WABIHAMDIHI,SUBHANALLAHIL AZEEM
Maha suci Allah dan Segala Puji Baginya , Mahasuci Allah Yang Maha Agung
(Hadith Riwayat Bukhari & Muslim)
dan disukai oleh Allah Tuhan Yang Maha Pengasih ialah:سبحان الله وبحمده سبحان الله العظيم
SUBHANALLAH WABIHAMDIHI,SUBHANALLAHIL AZEEM
Maha suci Allah dan Segala Puji Baginya , Mahasuci Allah Yang Maha Agung
(Hadith Riwayat Bukhari & Muslim)
