Monday, October 29, 2012
Kembalikan Kami Kedunia....
السلام علبكم و رحمة الله و بركاته
Apa yang dinyatakan Allah didalam Al-Quran mengenai mereka yang telah mensia-siakan kehidupn dunia dengan tidak beriman semoga memotivasi kita untuk menggunakan baki hidup yang penuh berkah ini dengan sebaik mungkin dan tidak menjadi penyesalan seperti kisah-kisah yang digambarkan oleh Al Quran dibawah ini:
رَبَّنَا أَخْرِجْنَا مِنْهَا فَإِنْ عُدْنَا فَإِنَّا ظَالِمُونَ قَالَ اخْسَؤُوا فِيهَا وَلَا تُكَلِّمُونِ
"Wahai Tuhan kami, keluarkanlah kami dari neraka ini, setelah itu kalau kami kembali lagi (mengerjakan kufur dan maksiat), maka sesungguhnya kami orang-orang yg zalim." "Duduklah kamu dengan kehinaan di dalam neraka, dan janganlah kamu berkata-kata kepadaku" (al-Mu'minun 107,108)
حَتَّى إِذَا جَاء أَحَدَهُمُ الْمَوْتُ قَالَ رَبِّ ارْجِعُونِ لَعَلِّي أَعْمَلُ صَالِحاً فِيمَا تَرَكْتُ كَلَّا إِنَّهَا كَلِمَةٌ هُوَ قَائِلُهَا وَمِن وَرَائِهِم بَرْزَخٌ إِلَى يَوْمِ يُبْعَثُونَ
Golongan yang kufur ingkar itu apabila sampai ajal maut kepada salah seorang di antara mereka, berkatalah dia: "wahai Tuhanku, kembalikanlah daku supaya aku dapat mengerjakan amal soleh dalam perkara-perkara yg telah aku tinggalkan". Tidak! Mana boleh? Sesungguhnya perkataannya itu hanyalah kata-kata yang dia sahaja yang mengatakannya, sedang di hadapan mereka ada alam barzakh sehingga hari mereka dibangkitkan semula. (al-Mu'minun 99-100)
إِنَّا أَنذَرْنَاكُمْ عَذَاباً قَرِيباً يَوْمَ يَنظُرُ الْمَرْءُ مَا قَدَّمَتْ يَدَاهُ وَيَقُولُ الْكَافِرُ يَا لَيْتَنِي كُنتُ تُرَاباً
Sesungguhnya, kami memberi amaran kepada kamu mengenai azab yang dekat iaitu hari seseorang melihat apa yang telah diusahakannya dan orang yang kafir akan berkata "alangkah baiknya kalau aku menjadi tanah (supaya aku tidak dibangkitkan untuk dihitung amal dan menerima balasan)". (an-Naba' 40)
يَوْمَ تُقَلَّبُ وُجُوهُهُمْ فِي النَّارِ يَقُولُونَ يَا لَيْتَنَا أَطَعْنَا اللَّهَ وَأَطَعْنَا الرَّسُولَا
Pada masa muka mereka dibalik-balikkan dalam neraka, mereka berkata: "Alangkah baiknya kalau kami dahulu taat kepada Allah serta taat kepada rasul Allah. (Al-Ahzaab 66)
وَلَوْ تَرَىَ إِذْ وُقِفُواْ عَلَى النَّارِ فَقَالُواْ يَا لَيْتَنَا نُرَدُّ وَلاَ نُكَذِّبَ بِآيَاتِ رَبِّنَا وَنَكُونَ مِنَ الْمُؤْمِنِينَ
Dan sungguh ngeri jika engkau melihat ketika mereka didirikan di tepi neraka, lalu mereka berkata : "Sekiranya kami dikembalikan ke dunia, kami tidak akan mendustakan lagi ayat-ayat keterangan Tuhan kami dan menjadilah kami dari golongan yang beriman". (al an'aam 27)
وَأَنذِرِ النَّاسَ يَوْمَ يَأْتِيهِمُ الْعَذَابُ فَيَقُولُ الَّذِينَ ظَلَمُواْ رَبَّنَا أَخِّرْنَا إِلَى أَجَلٍ قَرِيبٍ نُّجِبْ دَعْوَتَكَ وَنَتَّبِعِ الرُّسُلَ أَوَلَمْ تَكُونُواْ أَقْسَمْتُم مِّن قَبْلُ مَا لَكُم مِّن زَوَالٍ
Dan berilah amaran kepada manusia yang ingkar itu jangan mereka lupakan hari kiamat yang padanya mereka akan didatangi azab, kerana pada saat itu, orang-orang yang berlaku zalim akan merayu dengan berkata: "Wahai Tuhan kami, (kembalikanlah kami ke dunia dan) berilah tempoh kepada kami hingga ke suatu masa yang dekat, supaya kami menyahut seruanMu, dan supaya kami menurut agama yang disampaikan oleh Rasul-rasul itu". "Tidakkah kamu telah diberikan tempoh untuk berbuat demikian dan bukankah kamu telah bersumpah dahulu, bahawa keadaan kamu tidak akan mengalami sebarang perubahan ? (Ibrahim: 44)
وَيَوْمَ يَعَضُّ الظَّالِمُ عَلَى يَدَيْهِ يَقُولُ يَا لَيْتَنِي اتَّخَذْتُ مَعَ الرَّسُولِ سَبِيلاً
Dan perihal hari orang-orang yang zalim menggigit kedua-dua tangannya sambil berkata: "alangkah baiknya kalau aku (di dunia dahulu) mengambil jalan yg benar bersama-sama rasul? (al-furqaan 27)
وَلَوْ تَرَى إِذِ الْمُجْرِمُونَ نَاكِسُو رُؤُوسِهِمْ عِندَ رَبِّهِمْ رَبَّنَا أَبْصَرْنَا وَسَمِعْنَا فَارْجِعْنَا نَعْمَلْ صَالِحاً إِنَّا مُوقِنُونَ
Dan jika sekiranya kamu melihat ketika orang-orang yang berdosa itu menundukkan kepalanya di hadapan Tuhannya, (mereka berkata): “Ya Tuhan kami, kami telah melihat dan mendengar, maka kembalikanlah kami, kami akan mengerjakan amal soleh, sesungguhnya kami telah yakin.” (as-Sajadah: 12)
“Ya ALLAH, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun, Engkau suka memberikan keampunan, maka ampunilah aku…”
Saturday, October 27, 2012
Kitab Tauhid Diperakui Oleh Fakta Sains
PENGENALAN BUKU
Tajuk Buku : Kitab Tauhid Diperakui Oleh Fakta Sains
Penulis : Abdul Majid Aziz Az-Zindani
Terbitan : Pustaka Salam
Buku ini membincangkan persoalan tauhid menggunakan
pendekatan sesuai dengan keadaan semasa. Menemukakan contoh-contoh supaya
objektif yang dikehendaki dan digarapkan oleh al-quran serta disarankan oleh
para ulama dapat dicapai. Ianya mengaitkan fakta agama dengan bukti daripada
kejadian alam yang sememangnya terlalu banyak. Buku ini membahaskan ilmu tauhid yang membuktikan kebenaran akidah Islam
berdasarkan sumber aqli dan naqli.
Pembaca akan mendapati beberapa fakta sains berkenaan
alam sejagat ini yang belum diketahuinya. Penggunaan ayat al-Quran yang
berkaitan dengan tajuk perbincangan kerana hanya ayat al_Quran yang dapat
mensabitkan hujah akal dan memberi kesan kepada pemikiran secara paling
maksimum.
RINGKASAN KANDUNGAN BUKU
Buku ini mempunyai tiga jilid yang digabungkan menjadi
satu buku:
Jilid Satu
Fasal 1 : Ilmu Tauhid
Fasal 2 : Kepentingan ilmu tauhid dalam Islam
Fasal 3 : Kepentingan ilmu tauhid dalam kehidupan manusia
Fasal 4 : bagaimanakah kita mengenali Allah
Fasal 5 : Manusia hendaklah melihat kepada makanannya
Fasal 6 : Air yang terapung
Fasal 7 : Kita hidup dalam lautan udara
Fasal 8 : Kediaman dan kedamaian
Fasal 9 : Para rasul Allah dan bukti pengutusan mereka
Fasal 10 : Ringkasan mukjizat Nabi Muhammad s.a.w
Fasal 11 : Kefasihan dan Balaghah Al-Quran
Fasal 12 : Al-Quran mendahului ilmu moden
Fasal 13 : Beriman dengan hari akhirat
Fasal 14 : Suasana hari akhirat
Fasal 15 : beriman kepada malaikat, kitab dan rasul
Fasal 16 : beriman kepada qadar
Jilid Dua
Fasal 1 : Kepentingan beriman kepada Allah dan rasul-Nya
Fasal 2 : Kepentingan beriman kepada Malaikat dan Kitab
Fasal 3 : Kepentingan beriman kepada Hari Akhirat dan
takdir baik dan buruk
Fasal 4 : Tututan dan syarat
Fasal 5 : Makhluk Allah: Cerminan kekuasaan san
sifat-sifat-Nya
Fasal 6 : “Pada diri kamu sendiri, mengapa kamu tidak
mahu melihat serta memikirkan?”
Fasal 7 : Nikmat bergerak
Fasal 8 : “Makanan Kita
Fasal 9 : Dan Kami telah mengadakan lampu yang terang
benderang”
Fasal 10 : Manusia memerlukan rasul
Fasal 11 : Kisah orang terdahulu
Fasal 12 : Dia mengetahui rahsia dan bisikan mereka
Fasal 13 : Kamu akan mengetahui kebenaran perkara yang
diterangkan tidak lama lagi
Fasal 14 : Keajaiban al-Quran pada zaman ini
Fasal 15 : Kematian
Fasal 16 : Kehidupan alam barzakh
Fasal 17 : Keadaan hari kebangkitan
Jilid Tiga
Fasal 1 : Bahaya kekufuran
Fasal 2 : Dia mengajar manusia apa yang tidak diketahui
Fasal 3 : Addakah boleh dilihat merupakan syarat untuk
beriman
Fasal 4 : Dia menjadikan bumi terbentang luas untuk kamu
Fasal 5 : Mengapa mereka tidak memandang ke langit
Fasal 6 : Allah Yang Maha Esa
Fasal 7 : Ikhlas dalam ibadat
Fasal 8 : Al-Asma’ Al-Husna
Fasal 9 : Pengakuan para ilmuan kurun ke-20
Fasal 10 : Ilmu al-Quran mendahului ilmu moden
Fasal 11 : Antara tanda kerasulan: berita gembira
Fasal 12 : Pertolongan Allah
Fasal 13 : Keraguan yang batil
Fasal 14 : Hakikat kehidupan
BIODATA PENULIS : SYEIKH ABDUL MAJID
AZIZ AZ-ZINDANI
Sheikh Abdul Majid bin Abdul Aziz Az Zindani dilahirkan
pada tahun 1938 di kampung Az Zuhbi, wilayah Ibb di Republik Yaman dan
memperolehi pendidikan awal di Kuttab sebelum menyambung pelajaran di sekolah
kerajaan di wilayah Aden. Selepas itu, beliau menamatkan pengajian di Fakulti
Famasi Universiti Al Azhar di Mesir. Kerana minat yang mendalam terhadap ilmu
agama, beliau mengambil kesempatan bertemu dan belajar dengan ulama-ulama besar
Al Azhar dan tokoh-tokoh pelajar Yaman yang berada di sana seperti Az Zubairi
dan Abduh Muhammad Al Mikhlafi.
Seterusnya kembali ke Yaman di Sana'a dan dilantik sebagai
seorang pendidik di Kementerian Pendidikan. Di sinilah beliau mula berminat
untuk menulis kitab akidah berasaskan saintifik bersama sahabat-sahabat beliau
yang lain. Hasil tulisan beliau telah dijadikan sukatan di sekolah rendah dan
menengah di seluruh Yaman.
Pernah
dilantik menjadi tenaga pengajar di Arab Saudi. Ketika berada di Makkah, beliau
telah mengasas Badan 'Ijaz Ilmu Sains Al Quran dan Hadis. Beliau juga merupakan
pengasas Universiti Iman Yaman, Presiden Majlis Syura Perhimpunan Islah Yaman
dan salah seorang pengasas Ikhwanul Muslimin Yaman.
Hasil kajian yang dilakukan terutama dalam bidang sains
telah mendapat perhatian dan beliau telah dianugerahkan Ijazah Doktor Kehormat
daripada Universiti Oum Darman, Sudan. Beliau juga berjaya menemui penawar bagi
penyakit AIDS dan telah ditemu ramah oleh Al Jazeera. Kaedah perubatan beliau
hanyalah menggunakan herba dan tumbuhan semulajadi. Kajian selama 15 tahun itu
mampu mengubati pesakit AIDS dalam tempoh tiga bulan dan boleh merawat 15
pesakit dalam satu-satu masa.
Syeikh Zindani juga pernah turun berjihad di Afghanistan
bagi merealisasikan ucapan-ucapan beliau berkenaan jihad dalam majlis-majlis
usrah kendalian beliau. Selain cemerlang dalam bidang pendidikan, beliau juga
seorang peniaga dan penternak yang berjaya. Syeikh Zindani sering menjadi
sasaran musuh sehinggakan beliau disediakan kereta kalis peluru sebagai pakej
keselamatan.
Begitulah sejarah hidup secara ringkas Syeikh Zindani.
Salah satu cetusan pemikiran Syeikh Zindani yang mengagumkan saya ialah
perumpaan yang beliau beri antara orang yang beriman dan kufur.
PANDANGAN TENTANG BUKU INI
Lalat lebih hebat daripada
kita. Para penyelidik mendedahkan bahawa lalat dibekalkan kelenjar air liur
yang panjang dan mempunyai air liur yang amat banyak. Apabila lalat mengambil
sesuatu makanan, air liur dikeluarkan dengan cepat bagi menukarkan nya segera
kepada bahan lain. Sekiranya kita bunuh lalat tersebut, kemudian kita pegang
dan cari benda yang diambilnya, nescaya kita tidak akan dapat mencari benda
tersebut kerana ia telah bertukar kepada benda lain. Ini bertepatan dengan
firman Allah yang menceritakan perihal lalat.
“…dan jika lalat itu mengambil sesuatu dari mereka,
mereka tidak akan dapat mengambilnya balik darinya…” (al-Hajj: 73-74)
Semut dapat mendengar dan
bercakap. Al-Quran telah menyebut bahawa semut dibekalkan degan organ
pendengaran dan percakapan. Ilmu entomology (kajian tentang serangga) saintis
mendapati semut dibekalkan dengan organ pendengaran dan percakapan yang
membolehkan mereka berkomunikasi antara satu sama lain. Al-Quran menyebut hal
ini yg bermaksud: Berkatalah seekor semut: “Wahai sekalian semut, masuklah ke
sarang kamu masing-masing, jangan Sulaiman dan tenteranya memijak serta
membinasakan kamu, sedang mereka tidak menyedari” (an-Naml: 18)
Di akhir Ayat 25 Surah Ibrahim, Allah SWT menegaskan
tujuan perbandingan dilakukan supaya kita berfikir dan mengkaji kepentingan
akidah yang kukuh.
Orang yang mempunyai asas
akidah yang mantap, seumpama pokok yang rimbun dan kukuh. Iman mereka umpama
akar pokok yang mencengkam bumi dengan kuat sehingga tiada ribut, taufan atau
angin yang mampu mencabutnya. Pohonnya yang rendang memayungi semua orang yang
berada di sekelilingnya. Ia menghasilkan buah-buahan yang manis, enak
berkhasiat dan menyegarkan. Bahkan buah-buahannya turut menjadi santapan kepada
keluarga, rakan, jiran tetangga dan masyarakat.
Mereka tidak mudah digoyahkan
oleh persekitaran yang negatif, tidak tumbang iman kerana desakan hidup atau
habuan dunia. Apabila bekerja, mereka bekerja dengan amanah. Andai menjadi
majikan, mereka menjadi majikan yang prihatin dan simpati terhadap pekerja
bawahan. Sekiranya berniaga, mereka tidak akan mengamalkan rasuah atau
penipuan. Mereka mengeluarkan zakat perniagaan dan menyantuni golongan kurang
bernasib baik.
Sebaliknya, orang yang tidak
beriman atau tidak kukuh imannya ibarat pokok yang tidak berguna. Akarnya
lembut hingga mudah tercabut. Dedaunnya terlalu sedikit untuk orang lain
berteduh dibawahnya. Buah-buahan yang dihasilkannya juga tidak berguna kerana
pahit, busuk dan tidak boleh dimakan.
Walaupun luarannya nampak
hebat, tetapi dalaman mereka rosak. Apabila diberikan amanah memimpin, mereka
mencabulnya demi mengejar nama dan pangkat. Jika berniaga, mereka menipu dan
mengamalkan rasuah. Masyarakat sekeliling tidak mendapat manfaat daripada
mereka, malah orang sekelilingnya menerima tempias bahana perbuatan jahat
mereka.
“Sesungguhnya Allah menyuruh
kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak
menerimanya), dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah
menyuruh) kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhanNya)
itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah
sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat.” (an-Nisaa’ :58)
Seseorang akan merasai
kelazatan iman, jika dia merasai bahawa Allah s.w.t sebagai Rabbnya, jika
meredai bahawa Islam ialah agamanya, dan meredai bahawa Muhammad s.a.w ialah
seorang Nabi (Allah) (Hadis Muslim)
Akidah Islam akan melahirkan
seseorang atau masyarakat yang mempunyai kepribadian yang unggul yang akhirnya
akan dijelmakan melalui tingkah-laku, percakapan dan gerak-geri hati seseorang
atau sesebuah masyarakat. Akidah Islam yang telah meresap ke dalam jiwa dan
lubuk hati sesseorang akan menimbulkan kesan-kesan positif.
Akidah Islam yang ada dalam hati umat Islam kini
mungkin tidak begitu mantap menyebabkan mereka tidak dapat mencapai
kegemilangan sebagaimana umat Islam di zaman Nabi saw dan para Sahabat. Umat
Islam pada hari ini begitu rapuh akidahnya. Lantaran itu mereka amat mudah
terpengaruh dengan berbagai-bagai unsur negatif. Kemunduran umat Islam kini
kerana mereka semakin jauh dari menghayati Akidah Islam yang sebenar.
Jangan Berdukacita, Kalam ALLAH Ini Buatmu........
السلام علبكم و رحمة الله و بركاته

Kalam Alah sebagai sumber kekuatan dalaman bagi Mukmin. Allah adalah pencipta kita dan DIA adalah pencipta segalanya. DIA mengetahui yang zahir dan yang batin. DIA mengetahui apa yang terkandung di dalam hati lemah kita. Dan DIA tidak pernah membiarkan kita terkontang-kanting tanpa panduan dan cara menyelesaikannya. Di dalam al-Quran yang mulia, Allah telah menyediakan semua jawapan terhadap persoalan manusia. Tinggal kita sahaja, samada sombong atau tidak, samada mahu mengkaji atau tidak, untuk mendapat manfaat yang besar dari kata-kata Allah di dalam kitab yang mulia tersebut.
Cuba renungi sebahagian dari jawapan-jawapan Allah terhadap bisikan-bisikan yang selalu singgah ke dalam hati manusia yang sedang berdukacita ketika berhadapan dengan situasi sukar masing-masing. Semoga dengan mengetahuinya, hati kita bisa menjadi tenang, insyaAllah.
1.Tatkala hati kita berdukacita bertanya ke dalam diri“Kenapalah aku tidak dapat apa yang aku idam-idamkan?”

Sebenarnya Allah telah pun memberitahu
kepada kita bahawa belum tentu apa yang kita idam-idamkan itu baik buat
diri kita. Allah berfirman:
وَعَسىٰ أَن تَكرَهوا شَيـًٔا وَهُوَ خَيرٌ لَكُم ۖوَعَسىٰ أَن تُحِبّوا شَيـًٔا وَهُوَ شَرٌّ لَكُم ۗ وَاللَّهُ يَعلَمُ وَأَنتُم لا تَعلَمونَ
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.” (Surah al-Baqarah, 2:216)
2.Tatkala hati kita merungut terhadap ujian yang berat lalu berbisik “Kenapa ujian terhadapku seberat ini???”

Allah telah pun berfirman di dalam
al-Quran bahawa DIA tahu tahap kesanggupan dan upaya hamba-hambaNYA:
لا يُكَلِّفُ اللَّهُ نَفسًا إِلّا وُسعَها ۚ لَها ما كَسَبَت وَعَلَيها مَا اكتَسَبَت
“ALLAH tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.” (Surah al-Baqarah, 2:286)
لا يُكَلِّفُ اللَّهُ نَفسًا إِلّا وُسعَها ۚ لَها ما كَسَبَت وَعَلَيها مَا اكتَسَبَت
“ALLAH tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.” (Surah al-Baqarah, 2:286)
3.Apabila
insan rasa terhimpit dan
dilanda kekecewaan yang teramat sangat dek ujian yang melanda, lalu
menjerti di dalam hatinya “Bagaimana aku tidak kecewa???
Allah telah
pun berfirman memberikan motivasi buat hati:
وَلا تَهِنوا وَلا تَحزَنوا وَأَنتُمُ الأَعلَونَ إِن كُنتُم مُؤمِنينَ
“Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu org yang beriman.” (Surah ali `Imran, 3:139)
4.Sedang kita berhadapan dilema menghadapi situasi sukar lalu hati kita berbisik kebingungan“Bagaimana harus aku berhadapan dengan semua ini???”
Allah
telah pun berfirman memberikan panduan:
وَاستَعينوا بِالصَّبرِ وَالصَّلوٰةِ ۚ وَإِنَّها لَكَبيرَةٌ إِلّا عَلَى الخٰشِعينَ
“Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk.” (Surah al-Baqarah, 2:45)
5.Tatkala manusia tertanya-tanya “Apa yang aku dapat daripada semua ini???

Jika bersabar dan redha dengan ketentuan
taqdir, Allah telah pun menjawab dengan firmanNYA:
إِنَّ اللَّهَ اشتَرىٰ مِنَ المُؤمِنينَ أَنفُسَهُم وَأَموٰلَهُم بِأَنَّ لَهُمُ الجَنَّةَ
“Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin diri, harta mereka, dengan memberikan syurga untuk mereka.” (Surah at-Taubah, 9:111)
6. Apabila kita rasa berseorangan dan tidak larat menghadapi ujian lalu hati kita berbisik “Pada siapalah hendak aku minta pertolongan???”

Ketahuilah
bahawa Allah lah
tempat kita menumpukan usaha memohon pertolongan. Allah telah pun
berfirman:
فَقُل حَسبِىَ اللَّهُ لا إِلٰهَ إِلّا هُوَ ۖ عَلَيهِ تَوَكَّلتُ ۖ وَهُوَ رَبُّ العَرشِ العَظيمِ
“Maka katakanlah: ”Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari-NYA. Hanya kepadaNYA aku bertawakkal.”" (Surah at-Taubah, 9:129)
Maha Suci Allah, Segala Pujian BagiNYA yang sentiasa bersifat kasih dan sayang terhadap kita. Kesemua jawapan-jawapan ini yang diperolehi dari kata-kata Allah di dalam al-Quran yang mulia bisa memberikan ketenangan dan kekuatan dalaman buat insan yang membaca dan memahanimya. Ia menjadi bekalan buat diri dalam menempuhi jalan kehidupan yang panjang dan sementara ini. Cukuplah Allah sebagai penolong dan tempat diserah segala urusan…
Wahai yang sedang berdukacita, tidak usahlah berdukacita kerana Allah sentiasa bersamamu dan menolongmu, jika dirimu bersabar.

وَتَعَاوَنُوا عَلَى الْبِرِّ وَالتَّقْوَىٰ ۖ وَلَا تَعَاوَنُوا عَلَى الْإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ
(٢ :سورة المائدة)
Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan permusuhan.(Al-Maidah:2)
كلمتان خفيفتان علي اللسان ثقيلتان في الميزان حبيبتان إلي الرحمن سبحان الله وبحمده سبحان الله العظيم
2 kalimah yang ringan di lidah,berat di atas neraca timbangan
dan disukai oleh Allah Tuhan Yang Maha Pengasih ialah:سبحان الله وبحمده سبحان الله العظيم
SUBHANALLAH WABIHAMDIHI,SUBHANALLAHIL AZEEM
Maha suci Allah dan Segala Puji Baginya , Mahasuci Allah Yang Maha Agung
(Hadith Riwayat Bukhari & Muslim)
Wahai Orang Berdosa, Jangan putus asa dengan Allah…
Apabila dikatakan ‘wahai orang berdosa’,
bukan ditujukan kepada sesiapa
melainkan kepada diri kita sendiri. Kitalah orang berdosa itu. Saban
hari dan minggu, ada sahaja dosa yang dilakukan samada sengaja ataupun
tidak sengaja. Apatah lagi dosa-dosa lalu yang entah bagaimana, samada
masih tertulis di dalam buku amalan ataupun sudah dimaafkan oleh Allah Yang Maha Pemaaf dan Yang Suka Memberikan Kemaafan.
Betapa lemah dan lalainya kita. Kepadanya lah diharapkan hidayah dan
taufiq. Moga-moga dosa-dosa lalu, dosa-dosa hari ini dan dosa-dosa akan
datang bisa diampuni olehnya. Kerana DIA Maha Pengampun, Maha Penyayang.
Dalam perjalanan kehidupan, kita kadang-kadang terlalai dan terpesona akan keindahan yang terlihat oleh mata kita. Lalu sehingga melencong masuk ke jalan atau lorong yang salah. Kita mungkin cepat atau lambat sedar bahawa jalan yang dimasuki itu jalan yang salah. Namun, apabila tersedar bahawa jalan itu salah, janganlah pula pasrah lalu putus asa bahawa tiada harapan lagi untuk pulang ke jalan yang asal, iaitu jalan menuju keredhaan Allah.
Kita masih ada harapan untuk buat U-turn atau buat pusingan-U dan masuk kembali ke jalan sebenar. Walau jauh mana pun telah kita tersesat, walau jauh mana pun kita telah terlencong, peluang untuk kembali ke jalan yang sebenar sentiasa terbuka dan malah amat dialu-alukan oleh Allah, Rabbul-Jalil.
Betulkah? Cuba lihat firman Allah Yang Maha Mulia dan sabda Rasulullah bagi mencetus semangat dalam hati kita bahawa peluang untuk orang-orang yang berdosa sentiasa ada untuk kembali kepadaNYA.
1) ALLAH suruh kita bertaubat dalam firmanNYA:
وَتُوبُوٓاْ إِلَى ٱللَّهِ جَمِيعًا أَيُّهَ ٱلْمُؤْمِنُونَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ
Yang bermaksud: “Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.” (Surah An-Nur, 24:31)
2) Peluang sentiasa ada dan jangan putus asa. ALLAH Ta`ala berfirman:
قُلْ يَـٰعِبَادِىَ ٱلَّذِينَ أَسْرَفُواْ عَلَىٰٓ أَنفُسِهِمْ لَا تَقْنَطُواْ مِن رَّحْمَةِ ٱللَّهِۚ إِنَّ ٱللَّهَ يَغْفِرُ ٱلذُّنُوبَ جَمِيعًاۚ إِنَّهُ ۥ هُوَ ٱلْغَفُورُ ٱلرَّحِيمُ
Katakanlah: “Hai hamba-hamba-Ku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Surah az-Zumar 39:53)
3) ALLAH sangat gembira apabila ada hambaNYA yang bertaubat dan mahu kembali kepadaNYA. Dari Abu Hamzah Anas bin Malik radhiAllahu `anhu berkata bahawa Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bersabda yang maksudnya: “Sungguh ALLAH itu lebih gembira untuk menerima taubat hambaNYA melebihi dari kegembiraan seseorang di antara kamu sekalian yang menjumpai kembali untanya yang hilang di tengah-tengah padang gurun.”(HR al-Bukhari dan Muslim)
Di dalam riwayat Muslim, dikatakan maksudnya:
“Sungguh Allah lebih gembira untuk menerima taubat hambaNYA ketika hambaNYA itu bertaubat kepadaNYA melebihi dari kegembiraan seseorang di antara kamu sekalian yang berkenderaan di tengah-tengah padang pasir kemudian haiwan yang dikenderaaninya itu lari meninggalkannya padahal di atas haiwan itu terdapat makanan dan minuman orang itu, kemudian dia berputus asa untuk dapat menjumpainya kembali. Dia lantas berteduh di bawah pohon dengan membaringkan badannya sedangkan dia telah benar-benar putus asa untuk dapat menemui kembali haiwan yang dikenderaaninya itu. Kemudian ketika dia bangkit tiba-tiba dia menemui semula haiwan yang dikenderaaninya itu lengkap dengan bekal yang dibawanya. Kemudian dia segera memegang tali kekangnya lalu berkata dengan sangat gembira, “Wahai Allah, ENGKAU adalah hambaku dan aku adalah TuhanMU.” Dia tersilap mengucapkan kalimah itu akibat terlalu gembira yang sangat-sangat.” (HR Muslim)
Lihat, betapa gembiranya Allah apabila kita mahu kembali kepadaNYA. Hadith di atas adalah perumpamaan yang dibawa oleh Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam dan ia bisa menjadi motivasi buat kita apabila ada orang berbisik atau menyakat kita seperti “engkau ni tiada harapan dah nak bertaubat” atau seumpamanya. Ketahuilah, Allah suka bahkan sangat gembira. Justeru, pulanglah kepada Allah.
Taubat sentiasa terbuka luas selagi belum terjadi 2 perkara, iaitu: 1) Kematian dan 2) Matahari terbit dari arah barat (tanda besar Hari Qiamat)
4) Allah sentiasa membuka peluang yang sangat luas untuk hambaNYA bertaubat selagi matahari belum terbit dari sebelah barat, iaitu tanda besar hampir berlakunya Hari Kiamat dan sebelum kita meninggal dunia. Dari Abu Musa `Abdullah bin Qais Al-Asy`ari radhiAllahu `anhu, dari Nabi sallAllahu `alaihi wasallam bersabda yang maksudnya:
“Sesungguhnya Allah senantiasa membentangkan tanganNYA pada waktu malam untuk menerima taubat orang yang berbuat jahat pada waktu siangnya, dan membentangkan tanganNYA pada waktu siang untuk menerima taubat orang yang berbuat jahat pada waktu malamnya. Yang demikian itu berlangsung terus sampai matahari terbit dari sebelah barat (sampai hari mahu Kiamat).” (HR Muslim)
Dari Abu `Abdurrahman `Abdullah bin `Umar bin Khattab radhiAllahu `anhuma, dari Nabi sallAllahu `alaihi wasallam bersabda yang maksudnya: “Sesungguhnya ALLAH Yang Maha Mulia lagi Maha Agung akan menerima taubat seseorang sebelum nyawanya sampai di kerongkong (sebelum sakaratul maut).” (HR at-Turmudzi dan katanya hadith ini hasan)
5) Allah sentiasa mahu memberikan keampunan kepada kita walau sebesar mana pun dosa kita, asal sahaja kita mahu kembali bertaubat kepadaNYA. Daripada Anas bin Malik radhiAllahu `anhu, beliau berkata bahawa Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam bersabda: “Allah berfirman:
“Wahai anak adam, sesungguhnya jika engkau berdoa dan berharap kepada-KU, niscaya AKU akan mengampunimu dan AKU tidak akan memperdulikannya lagi.
"Wahai anak Adam, seandainya dosa-dosamu memenuhi seluruh langit, kemudian engkau memohon ampun padaku, niscaya AKU akan mengampunimu".
"Wahai anak Adam, seandainya engkau datang kepadaku dengan kesalahan sepenuh bumi, kemudian engkau menjumpai-KU dalam keadaan tidak berbuat syirik dengan apapun niscaya AKU akan datang kepadamu dengan pengampunan sepenuh bumi pula.” (HR Tirmidzi, beliau berkata hadith ini hasan)
Walau jauh mana pun dikau tersasar dan terlencong, kembalilah. Kembalilah ke jalan menuju Allah. Allah sayang kita.
Bukankah kalam-kalam mulia lagi benar di atas akan menyegarkan hati kita? Bukankah dengan membacanya terbit cahaya memancar menyinarkan harapan? Ayuh, jangan tunggu lagi. Kita tidak tahu saat bila umur kita akan berhenti. Dan kita juga tidak tahu bilakah matahari akan terbit dari arah barat yang menandakan dunia ini akan mati. Disebabkan kita tidak tahu, jadi penangguhan terhadap taubat adalah suatu yang sangat merbahaya. Ia bisa menerjah tiba-tiba pada saat kita tidak bersedia dan tidak sempat bertaubat.
Janganlah termakan kata-kata hinaan rakan atau keluarga yang mengatakan kita tiada peluang untuk bertaubat. Jangan terhasut bisikan-bisikan halus dalam hati yang mengatakan Allah tidak akan menerima taubat. Dan janganlah pula terikut dengan ajakan nafsu agar taubat itu ditangguhkan ke suatu masa yang akan datang.
Semoga ayat-ayat di atas menyerap ke dalam dada kita untuk ia dijadikan tanda aras kita supaya apabila kita terlencong atau tersasar dari jalan kebenaran, yakni jalan menuju keredhaan Allah, kita segera dapat berhenti dan pusing kembali masuk semula ke jalan yang benar. Sungguh, pada kalam-kalam Allah dan Rasulnya terdapat kekuatan yang luar biasa buat orang-orang yang beriman, juga kepada orang-orang yang belum beriman.
Allah sayangkan kita semua. Allah mahukan kita semua masuk ke dalam Syurganya. Allah maahu berjumpa kita dalam keadaan DIA redha dan kita redha. Allah alu-alukan taubat kita. Justeru, bertaubatlah sekarang. Jangan tangguh lagi.
Semoga Allah memberikan kita semua akan hidayah dan taufiqnya.

والله أعلم بالصواب والله تعالى أعلىو أعلم
و إلى اللقاء إن شاء الله تعالى
والسلام علبكم و رحمة الله و بركاته
وَتَعَاوَنُوا عَلَى الْبِرِّ وَالتَّقْوَىٰ ۖ وَلَا تَعَاوَنُوا عَلَى الْإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ
(٢ :سورة المائدة)
Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan permusuhan.(Al-Maidah:2)
كلمتان خفيفتان علي اللسان ثقيلتان في الميزان حبيبتان إلي الرحمن سبحان الله وبحمده سبحان الله العظيم
2 kalimah yang ringan di lidah,berat di atas neraca timbangan dan disukai oleh Allah Tuhan Yang Maha Pengasih ialah:
سبحان الله وبحمده سبحان الله العظيم
SUBHANALLAH WABIHAMDIHI,SUBHANALLAHIL AZEEM
SUBHANALLAH WABIHAMDIHI,SUBHANALLAHIL AZEEM
Maha suci Allah dan Segala Puji Baginya , Mahasuci Allah Yang Maha Agung
(Hadith Riwayat Bukhari & Muslim)
(Hadith Riwayat Bukhari & Muslim)
Tanaman Syurga ...
Cuba
kita tanya diri kita yang telah beriman pada Allah dan hari Akhirat
ini siapa yang tidak inginkan Syurga dan kebahagiaan diakhirat sudah
tentu secara sepontan inginkanya.
Firman Allah:
وَبَشِّرِ الَّذِينَ آمَنُوا
وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ أَنَّ لَهُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِنْ تَحْتِهَا الأنْهَارُ
كُلَّمَا رُزِقُوا مِنْهَا مِنْ ثَمَرَةٍ رِزْقًا قَالُوا هَذَا الَّذِي رُزِقْنَا
مِنْ قَبْلُ وَأُتُوا بِهِ مُتَشَابِهًا وَلَهُمْ فِيهَا أَزْوَاجٌ مُطَهَّرَةٌ
وَهُمْ فِيهَا خَالِدُونَ
Dan
sampaikanlah berita gembira kepada mereka yang beriman (lelaki dan perempuan)dan berbuat baik, bahwa
bagi mereka disediakan syurga-syurga yang mengalir sungai-sungai di dalamnya.
Setiap mereka diberi rezeki buah-buahan dalam syurga-syurga itu, mereka
mengatakan: "Inilah yang pernah diberikan kepada kami dahulu." Mereka diberi
buah-buahan yang serupa dan untuk mereka di dalamnya ada isteri-isteri (pasangan)yang suci
dan mereka kekal di dalamnya.Albaqarah-25
Dari Ibnu
Mas’ud رضي الله عنه, beliau berkata: Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم
bersabda: “Saya bertemu dengan Nabi Ibrahim عليه السلام - ketika malam
saya diisra’kan dan Baginda bersabda: Wahai Muhammad, sampaikanlah salam
dari padaku kepada umatmu, dan beritahukanlah kepada mereka,
bahawasanya syurga itu subur tanahnya, manis airnya, terhampar luas dan
tanamannya adalah ucapan zikir, سُبْحَانَ اللهِ ، وَالْحَمْدُ ِللهِ ، وَ لآ إِلهَ إِلاَّ اللهُ ، وَاللهُ أَكْبَرُ
(Subhanallahi walhamdulillah walaa ilaaha illallahu wallahu akbar).
(Diriwayatkan oleh At Tirmidzi dan dihasankan oleh Al Albani)
Dari
Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bertemu dengannya. Dia
sedang menanam tanaman, lalu Rasulullah bertanya, "Apa yang
sedang engkau tanam ?" Aku menjawab, "Satu tanaman wahai Rasulullah".
Rasulullah bersabda, "Mahukah aku beritahu tanaman yang lebih baik dari
ini ?" Tanaman itu ialah
سُبْحَانَ اللهِ ، وَالْحَمْدُ ِللهِ ، وَ لآ إِلهَ إِلاَّ اللهُ ، وَاللهُ أَكْبَرُ
سُبْحَانَ اللهِ ، وَالْحَمْدُ ِللهِ ، وَ لآ إِلهَ إِلاَّ اللهُ ، وَاللهُ أَكْبَرُ
Subhanallah,
Walhamdulillah, Walailaha illallah, Wallahu Akbar (Maha suci Allah,
segala puji bagi-Nya. Tiada Tuhan selain Allah, Allah Maha Besar).
Setiap satu bacaan akan ditanam untukmu sebatang pokok di Syurga. (HR At
Tirmidzi)
Rasulullah saw. bersabdaya, "Lazimkan membaca
سُبْحَانَ اللهِ ، وَالْحَمْدُ ِللهِ ، وَ لآ إِلهَ إِلاَّ اللهُ ، وَاللهُ أَكْبَرُsubha nallah walhamdulillah wala ilaha illallah wallahu akhbar, kerana semua itu dapat menghapuskan dosa sebagaimana gugurnya daun dari pohon". (HR Ibnu Majah)
والسلام علبكم و رحمة الله و بركاته
وَتَعَاوَنُوا عَلَى الْبِرِّ وَالتَّقْوَىٰ ۖ وَلَا تَعَاوَنُوا عَلَى الْإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ
(٢ :سورة المائدة)
Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan permusuhan.(Al-Maidah:2)
كلمتان خفيفتان علي اللسان ثقيلتان في الميزان حبيبتان إلي الرحمن سبحان الله وبحمده سبحان الله العظيم
2 kalimah yang ringan di lidah,berat di atas neraca timbangan
dan disukai oleh Allah Tuhan Yang Maha Pengasih ialah:سبحان الله وبحمده سبحان الله العظيم
SUBHANALLAH WABIHAMDIHI,SUBHANALLAHIL AZEEM
Maha suci Allah dan Segala Puji Baginya , Mahasuci Allah Yang Maha Agung
(Hadith Riwayat Bukhari & Muslim)
Subscribe to:
Posts (Atom)