الحمدلله رب العالمين و الصلاة و السلام علي أشرف الأنبياء و المرسلين
وعلي آله وأصحابه ومن تبعهم بإحسان إلي يوم الدين ، أما بعد :
PENDAHULUAN
Nasikh : menghapuskan, iaitu dalil Al-Quran atau Sunnah yang
menghapuskan hukum dalil syar’i atau lafaznya. Pada hakikatnya nasikh (yang
menghapuskan) adalah Allah Azza wa Jalla.
Mansukh : yang dihapuskan, iaitu hukum dalil syar’i atau lafaznya
yang dihapuskan.
Dalil Naql
Firman Allah swt.
مَا نَنسَخْ مِنْ ءَايَةٍ
Apa saja ayat yang kami nasakhkan (hapuskan)… [Al Baqarah:106]
Makna kata “ayat” di dalam firman Allah ini adalah ayat Al-Qur’an,
sebagaimana penafsiran Salafussolih seperti riwayat dari Ibnu Abbas, Mujahid,
sahabat-sahabat Ibnu Mas’ud, Abul ‘Aliyah, Muhammad bin Ka’b Al-Qurodhi,
Adh-Dhahhak, ‘Atho’, As-Suddi, Ibnu Abi Hatim, Ibnu Jarir, dan Ibnu Katsir.
Firman Allah swt.
وَإِذَا بَدَّلْنَآ ءَايَةً مَّكَانَ ءَايَةٍ
Dan apabila Kami mengganti suatu ayat di
tempat ayat yang lain. (An Nahl:101)
Demikian juga ayat ini menunjukkan adanya
ayat Al-Quran yang dikategorikan sebagai nasikh dan mansukh, Ayat yang Allah
jadikan pengganti adalah ayat nasikh dan ayat yang digantikan adalah ayat
mansukh.
مَا نَنسَخْ مِنْ
آيَةٍ أَوْ نُنسِهَا نَأْتِ بِخَيْرٍ مّنْهَا أَوْ مِثْلِهَا أَلَمْ تَعْلَمْ أَنّ
اللّهَ عَلَىَ كُلّ شَيْءٍ قَدِيرٌ
“Apa sahaja ayat keterangan yang Kami mansukhkan
(batalkan) atau yang Kami tinggalkan (atau tangguhkan), Kami datangkan ganti
yang lebih baik daripadanya atau yang sebanding dengannya.” (Surah Al-Baqarah:
ayat 106)
Ibn Katsir menegaskan bahwa tidak ada alasan bagi kita
untuk menafikan Nasikh-Mansukh,
karana ia menetapkan hukum sesuai kehendak-Nya dan melakukan apa saja sesuai dengan keinginan-Nya. Hal ini, pula ditegaskan oleh
Quraish Shihab, bahwa Allah tidak menasakh dalam erti
membatalkan suatu hukum yang dikandung oleh satu ayat, kecuali Allah akan
mendatangkan ayat lain yang mengandungi hukum lain yang lebih baik atau serupa
HIKMAH ADANYA NASKH
Adanya nasikh-mansukh tidak dapat dipisahkan dari sifat
turunnya al-Quran itu sendiri dan tujuan yang ingin dicapainya. Turunnya kitab
suci al-Quran tidak terjadi sekaligus, tapi beransur-ansur dalam waktu 20 tahun
lebih. Hal ini memang dipersoalkan manusia ketika itu, lalu al-Quran sendiri
menjawab, penurunan ayat secara beransur atau berperingkat itu adalah untuk
pemantapan, khususnya di bidang hukum.
Dalam hal ini Syekh al-Qasimi berkata, sesungguhnya
al-Khalik yang maha suci lagi maha tinggi mendidik bangsa Arab selama 23 tahun
dalam proses tadarruj (berperingkat) sehingga mencapai kesempurnaannya.
Hukum-hukum itu mulanya bersifat kedaerahan, kemudian secara berperingkat
diganti Allah dengan yang lain, sehingga bersifat universal atau menyeluruh.
Demikianlah Sunnatullah berlaku terhadap orang perseorangan dan bangsa-bangsa
dengan sama.
Jika engkau memperhatikan alam yang hidup ini, engkau
pasti akan mengetahui bahawa nasakh (penghapusan) adalah undang-undang alami
yang lazim, baik dalam bidang material maupun spiritual, seperti proses
kejadian manusia dari unsur-unsur sperma dan telur kemudian menjadi janin, lalu
berubah menjadi anak, kemudian tumbuh menjadi remaja, dewasa, kemudian orang
tua dan seterusnya.
Setiap proses peredaran (keadaan) itu merupakan bukti
nyata, dalam alam ini selalu berjalan proses tersebut secara rutin. Dan kalau
nasakh yang terjadi pada alam raya ini tidak lagi diengkari terjadinya, mengapa
kita mempersoalkan adanya penghapusan dan proses pengembangan serta tadarruj
dari yang rendah ke yang lebih tinggi? Apakah seorang berpendapat bahawa yang
bijaksana langsung membebani bangsa Arab yang masih dalam proses permulaan itu,
dengan beban-beban yang hanya patut bagi suatu bangsa yang telah mencapai
kemajuan dan kesempurnaan dalam kebudayaan yang tinggi. Kalau pemiikiran
seperti ini tidak diucapkan seorang yang berakal, maka bagaimana hal itu akan dilakukan
Allah swt. Yang maha menentukan hukum, memberikan beban kepada suatu bangsa
yang masih dalam proses permulaan dengan beban yang tidak boleh dilakukan.
Syariat Allah adalah diturunkan dari rahmatNya. Dialah
yang maha mengetahui kemaslahatan hidup hambaNya. Melalui syariatNya, Dia
mendidik manusia hidup tertib dan adil untuk mencapai kehidupan yang aman,
sejahtera dan bahagia di dunia dan di akhirat.
1. Menghilangkan kekeliruan.
2. Kesempurnaan Agama Islam yang mampu menyempurnakan
keperluan manusia.
3. Memelihara kepentingan hamba.
4. Menghilangkan kekeliruan dan kesamaran dalam
perundangan syariat.
5. Memberi kemudahan untuk beramal
6. Memberi keringanan kepada manusia
7. Ujian bagi orang mukallaf untuk mengikutinya atau
tidak.
SYARAT- SYARAT BERLAKUNYA NASAKH DAN MANSUKH :
Ø
Hendaklah
hukum yang mansukh adalah hukum syara'
Ø
Hujah
penghapusan hukum tersebut hendaklah di turunkan terkemudian daripada hukum
yang mansukh
Ø
Perintah
atau larangan yang mansukh tidak terhad kepada waktu-waktu yang tertentu.
Ø
Hanya
berlaku pada perkara perintah dan larangan.
Ø
Tidak
menyentuh masalah akidah, Zat dan sifat-sifat Allah,serta para rasulNya serta
kejadian hari akhirat kerana perkara-perkara ini tetap dan tidak berubah
Ø
Tidak
juga berhubungkait dengan etika dan akhlak serta perkara-perkara asas dalam
ibadah dan muamalat
KATEGORI NASIKH-MANSUH
1-Al-Quran dimansukh dengan Al-Quran.
2-Al-Quran dimansukh dengan Sunnah.
3-Sunnah dimansukh dengan Al-Quran.
4-Sunnah dimansukh dengan Sunnah.
1. Al-Quran Dimansukh Dengan
Al-Quran.
Nasakh ini disepakati adanya oleh para ulama’, adapun
orang yang beranggapan tidak ada ayat mansukh di dalam Al-Quran.
Contohnya adalah ayat 65, yang mansukh oleh ayat 66
dari surat Al-Anfal, sebagaimana telah kami sampaikan di atas. Contoh lain:
firman Allah s.w.t.
Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu mengadakan pembicaraan khusus
dengan Rasul hendaklah kamu mengeluarkan sedekah (kepada orang miskin) sebelum
pembicaraan itu. Yang demikian itu adalah lebih baik bagimu dan lebih bersih;
jika kamu tiada memperoleh (yang akan disedekahkan) maka sesungguhnya Allah
Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (Al Mujadilah :12)
Ayat ini menunjukkan kewajiban sedekah bagi yang mampu
sebelum berbisik-bisik dengan Rasulullah s.a.w. Kemudian ayat ini dimansukh dengan
ayat berikutnya yang menghapuskan kewajiban tersebut. Di dalam Tafsir Ibnu
Katsir. Allah Azza wa Jalla firmanNya:
Apakah kamu takut akan (menjadi miskin) karena kamu memberikan sedekah sebelum
pembicaraan dengan Rasul Maka jika kamu tiada memperbuatnya dan Allah telah
memberi taubat kepadamu maka dirikanlah shalat, tunaikanlah zakat dan taatlah
kepada Allah dan Rasul-Nya; dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.
[Al Mujadilah:13]
2. Al-Quran Dimansukh Dengan As-Sunnah.
Kategori ini ada dua bagian:
a). Al-Qur’an dimansukh dengan Sunnah (hadits) Mutawatir.
Pada bahagian ini ulama berselisih. Diriwayatkan dari
Imam Ahmad rahimahullah bahwa beliau menyatakan: “Al-Quran tidak dinaskh
(dihapus) kecuali oleh Al-Qur’an yang datang setelahnya…”. Namun Sheikh
Muhammad Al-Amin Asy-Syinqithi rahimahullah berkata: “(Berdasarkan) penelitian,
boleh dan terjadi naskh Al-Quran dengan Sunnah Mutawatir, contohnya: dihapusnya
ayat 5 kali penyusuan dengan Sunnah Mutawatir, dihapusnya surat Al-Khulu’ dan
Al-Hafd dengan Sunnah Mutawatir. Dan banyak contoh lainnya”.
b).
Al-Qur’an dimansukh dengan Sunnah (hadits) Ahad.
Contohnya:
Firman
Allah S.W.T
Katakanlah:"Aku tidak mendapati dalam wahyu yang telah diwahyukan
kepadaku, sesuatu yang diharamkan bagi orang yang hendak memakannya, kecuali
kalau makanan itu bangkai, atau darah yang mengalir atau daging babi - karana
sesungguhnya semua itu kotor - atau binatang disembelih atas nama selain Allah.
[Al An’am :145]
Ayat
ini menunjukkan bahwa makanan yang diharamkan semasa ayat ini diturunkan hanyalah
empat jenis di atas. Ini bererti, di semasa itu, daging keldai jinak boleh
dimakan, berdasarkan ayat ini. Kemudian kebolehan ini dihapuskan hukumnya oleh
hadis-hadis sahih yang datang kemudian yang mengharamkan daging keldai jinak.
Kerana
ayat di atas termasuk surat Al-An’am, yang merupakan surat Makiyyah, yang turun
sebelum hijrah, dengan kesepakatan ulama. Adapun pengharaman daging keldai
jinak dengan Sunnah terjadi setelah itu di Khaibar.
Dari
Anas bin Malik, bahwa Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam didatangi oleh
seseorang yang datang, lalu mengatakan: “Keldai-keldai telah dimakan”. Kemudian
datang lagi kepada beliau seseorang yang datang, lalu mengatakan: “Keldai-keldai
telah dimakan”.
Kemudian
datang lagi kepada beliau seseorang yang datang, lalu mengatakan: “Keldai-keldai
telah dimakan”. Kemudian beliau memerintahkan seorang penyeru, lalu dia menyeru
di kalangan orang ramai: “Sesungguhnya Allah dan RasulNya melarang kamu dari
daging keldai jinak, sesungguhnya ia kotor dan najis”. Maka periuk-periuk
dibalikkan, sedangkan periuk-periuk itu mendidih (berisi) daging (keldai
jinak).
Antara
ayat di atas dengan hadits yang mengharamkan daging keldai jinak tidak
bertentangan, kerana waktu keduanya berbeza. Di saat ayat di atas turun, daging
keldai jinak halal, kerana yang diharamkan hanyalah empat jenis makanan.
Kemudian setelah itu datang pengharaman daging keldai jinak.
3. As-Sunnah Dimansukh Dengan Al-Qur’an.
Contoh
jenis ini adalah: syariat solat menghadap Baitul Maqdis, yang ini berdasarkan
Sunnah, dihapuskannya dengan firman Allah Azza wa Jalla.
Kerap kali Kami melihat engkau (wahai Muhammad), berulang-ulang mengadah ke
langit, maka Kami benarkan engkau berpaling mengadap kiblat yang engkau sukai.
Oleh itu palingkanlah mukamu ke arah masjid Al-Haram (tempat letaknya Kaabah);
dan di mana sahaja kamu berada maka hadapkanlah muka kamu ke arahnya. Dan
sesungguhnya orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang telah diberikan Kitab,
mereka mengetahui bahawa perkara (berkiblat ke Kaabah) itu adalah perintah yang
benar dari Tuhan mereka; dan Allah tidak sekali-kali lalai akan apa yang mereka
lakukan. [Al Baqarah :144]
4. As-Sunnah Dimansukh Dengan As-Sunnah.
Contoh:
Sabda Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam.
Dengan penjelasan di atas jelaslah bahawa di dalam Al-Quran ada nasikh (ayat
yang menghapus hukum yang sudah ada sebelumnya) dan mansukh (ayat yang dihapus)
hukumnya atau lafaznya.
KATEGORI NASAKH
Terdapat
tiga kategori nasakh secara umum.
1.
Nash
Yang Mansukh Hukumnya, Namun Lafazhnya Tetap.
Inilah
adalah kategori nasakh mansukh yang paling banyak. Iaitu hukum syarak
dihapuskan, tidak diamalkan, namun lafaznya tetap.
Hikmah
nasakh ini adalah tetapnya pahala membaca ayat tersebut dan mengingatkan umat
tentang hikmah naskh, terlebih dalam hukum yang diringankan dan dimudahkan.
Contohnya Allah berfirman di dalam al-Quran.
Wahai Nabi, ransangkanlah orang-orang yang beriman itu untuk berperang. Jika
ada di antara kamu dua puluh yang sabar, nescaya mereka dapat menewaskan dua
ratus orang (dari pihak musuh yang kafir itu); dan jika ada di antara kamu
seratus orang, nescaya mereka dapat menewaskan seribu orang dari golongan yang
kafir, disebabkan mereka (yang kafir itu) orang-orang yang tidak mengerti. [Al
Anfal :65]
Ayat
ini menunjukkan kewajiban bersabarnya 20 umat Islam berperang menghadapi 200
orang-orang kafir. Dan bersabarnya 100 umat Islam berperang menghadapi 1000
orang-orang kafir.
Kemudian hukum ini dihapus dengan firman Allah selanjutnya.
Sekarang
Allah telah meringankan kepadamu dan Dia telah mengetahui padamu bahwa ada
kelemahan. Maka jika ada diantaramu seratus orang yang sabar, niscaya mereka
dapat mengalahkan dua ratus orang; dan jika diantaramu ada seribu orang (yang
sabar), niscaya mereka dapat mengalahkan dua ribu orang. Dan Allah beserta orang-orang yang sabar. [Al Anfal
:66]
Abdullah bin Abbas berkata:
Ketika turun (firman Allah): “Jika ada dua puluh orang
yang sabar diantara kamu niscaya mereka dapat mengalahkan dua ratus orang
musuh” (Al-Anfal: 65), hal itu berat atas umat Islam, iaitu ketika diwajibkan
atas mereka, bahawa satu orang tidak boleh lari menghadapi 10 (musuh). Kemudian
datanglah keringanan, Allah berfirman: “Sekarang Allah telah meringankan
kepadamu dan Dia telah mengetahui padamu bahawa ada kelemahan. Maka jika ada
diantaramu seratus orang yang sabar, niscaya mereka dapat mengalahkan dua ratus
orang.” (Al-Anfal: 66)
Inilah contoh hukum yang mansukh di dalam Al-Quran.
Penjelasan mansukhnya hukum dalam ayat 65 surat Al-Anfal di atas, selain dari
Ibnu Abbas, juga diriwayatkan dari Mujahid, Atha’, ‘Ikrimah, Al-Hasan
Al-Bashri, Zaid bin Aslam, ‘Atho Al-Khurosani, Adh-Dhohhak, dan lainnya. Orang
yang menolak adanya mansukh dalam Al-Quran telah menyelisihi penafsiran mereka.
2. Nash Yang Mansukh Lafaznya, Namun
Hukumnya Tetap.
Hikmah nasakh ini adalah agar ketaatan umat kepada
Allah dilaksanakan, iaitu dalam melakukan ketaatan dari sumber yang zhanni
rajih (persangkaan kuat), iaitu sebagian dari As-Sunnah, bukan dari sumber yang
seluruhnya yaqin, iaitu Al-Quran. Sebagaimana Nabi Ibrahim a.s bersegera
melaksanakan penyembelihan terhadap anaknya, Nabi Ismail, dengan datangnya
wahyu dalam mimpi.
Selain itu, di antara hikmahnya adalah apa yang
dikatakan oleh Sheikh Muhammad bin Shalih Al-Uthsaimin rahimahullah. Beliau
berkata “Hikmah naskh lafaz tanpa (naskh) hukumnya adalah untuk menguji umat
terhadap amalan yang tidak mereka dapati di dalam Al-Qur’an, dan mewujudkan
keimanan mereka dengan apa yang Allah turunkan. Berbeza dengan orang-orang
Yahudi yang berusaha menutupi nash rejam di dalam Taurat”.
Contoh jenis naskh ini adalah ayat rajm Umar bin
Al-Khathab berkata:
Sesungguhnya aku khuatir, zaman akan datang terhadap manusia sehingga seseorang
akan berkata: “Kita tidak mendapati rejam di dalam kitab Allah”, sehingga
mereka menjadi sesat dengan sebab meninggalkan satu kewajipan yang telah
diturunkan oleh Allah. Ingatlah, sesungguhnya rejam adalah haq atas orang yang
berzina dan dia telah menikah, jika terbukti, atau ada kehamilan, atau ada
pengakuan”.
Sufyan berkata: “Demikianalh yang aku ingat”.
“Ingatlah, Rasulullah s.a.w telah melakukan rejam, dan kita telah melakukan rejam
setelah beliau”. (Bukhari, Muslim)
Adapun lafaz ayat rejam, disebutkan oleh sebahagian riwayat dengan bunyi:
Laki-laki
yang sudah menikah dan wanita yang sudah menikah jika berzina, maka rajamlah
keduanya sungguh-sungguh, sebagai hukuman yang mengandung pelajaran dari Allah,
dan Allah Maha Agung, Maha Bijaksana.
3. Nash Yang Mansukh Hukumnya Dan
Lafaznya
Contoh : ayat yang menyatakan 10 kali penyusuan mengharamkan pernikahan.
Aisyah berkata:
Dahulu di dalam apa yang telah diturunkan di antara Al-Qur’an adalah:
“Sepuluh kali penyusuan yang diketahui, mengharamkan”, kemudian itu dinaskh
(dihapuskan) dengan: “Lima kali penyusuan yang diketahui”. Kemudian Rasulullah
Shallallahu 'alaihi wa sallam wafat dan itu termasuk yang dibaca di antara Al-Qur’an.
(Muslim)
Makna perkataan Aisyah “dan itu termasuk yang dibaca di antara Al-Qur’an”
adalah:
Iaitu : Dibaca hukumnya, namun lafazhnya tidak.
Atau : Orang yang belum kesampaian naskh bacaannya,
masih tetap membacanya.
PENDAPAT MENGENAI NASAKH & MANSUKH SERTA DALIL
KETETAPANNYA
1. Pendapat Orang Yahudi
Yahudi
mengiktiraf adanya nasakh kerana menurut mereka, nasakh mengandungi konsep
al-bada', yakni muncul selepas tersembunyi. Menurut konsep ini, bangsa Yahudi
mempercayai nasakh terjadi dengan tidak mempunyai hikmah disebaliknya,
2. Pendapat Golongan Syiah Rafidah
Puak
syiah ini sangat berlebihan dalam menetapkan nasakh. Mereka menggunakan kata-kata dusta yang disandarkan
kepada Saidina Ali serta turut menggunakan firman Allah sebagai alasan:
“Allah
menghapuskan apa jua yang dikehendakiNya dan Dia juga menetapkan apa jua yang
dikehendaki olehNya.”
(Ar-Ra'd: 39)
Berdasarkan
ayat ini, puak syiah rafidah berpendapat Allah sentiasa boleh menghapuskan dan
menetapkan mana-mana ayat. Fahaman
seperti ini sesat lagi menyesatkan serta terpesong dari ajaran Al-Quran. Maksud
sebenar ayat ini adalah Allah menghapuskan sesuatu yang dipandang perlu dan
menetapkan penggantinya jika ianya megandungi maslahat.
3. Pendapat Abu Musa al-Asfahani
Beliau adalah pemegang mazhab mu'tazilah. Menurut beliau, nasakh boleh berlaku
secara aqliah, tetapi tidak pada syara'. Ada yang mengatakan Abu Musa menolak
sepenuhnya berlakunya nasakh dan mansukh dalam al-Quran berdasarkan firman
Allah:
“(Al-Quran) yang tidak dapat didatangi sebarang
kepalsuan dari mana-mana arah dan seginya; ia diturunkan dari Tuhan yang Maha
Bijaksana Lagi Maha Terpuji” (Fussilat:42)
Berdasarkan
dalil ini, hukum-hukum dalam Al-Quran menurut beliau tidak akan
dibatalkan untuk selamanya. dan ayat-ayat tentag nasakh di anggap sebagai
takhsis (pengecualian)
Pendapat
ini juga tidak boleh di terima kerana maksud sebenar ayat yang menjadi hujah
Abu Musa menyatakan bahawa tidak ada kitab-kitab samawi yang membatalkan
Al-Quran dan tidak ada sesuatu yang datang sesudah Al-Quran untuk
membatalkannya.
4. Pendapat Jumhur Ulama
Jumhur
berpendapat nasakh adalah perkara yang diterima akal dan telah pun berlaku
dalam hukum-hukum syariat. Ini adalah kerana:
a.
Perbuatan-perbuatan Allah tidak bergantung dengan sesuatu alasan ataupun
matlamat. Allah berhak memerintahkan sesuatu pada suatu masa, kemudian
menegahnya pada masa yang lain berdasarkan sifatNya yang Maha Mengetahui
tentang kemaslahatan hamba-hambaNya.
b.
Nas-nas Al-Quran yang menunjukkan berlakunya nasakh:
Dan
apabila Kami tukarkan satu ayat (al-Quran ) untuk menggantikan ayat yang lain,
(yg di mansukhkan) dan Allah memang mengetahui akan apa yang diturunkan
olehNya. Maka berkata (mereka yg kafir): sesungguhnya engkau (wahai Muhammad)
hanyalah seorang pendusta, sedangkan mereka (yg kafir itu) tidak mengetahui
hakikat sebenarnya" (An-Nahl: 101)
Dalam Surah Al-Baqarah, ayat 106 dinyatakan:
"apa sahaja ayat keterangan yang Kami mansukhkan (batalkan) atau Kami
tinggalkan (atau tangguhkan), kami datangkan ganti yang lebih baik darinya,
atau yang sebanding dengannya. Tidakkah engkau mengetahui bahawa Allah Maha
Kuasa atas tiap-tiap sesuatu?"