Sejarah Pengajian Tafsir
al-Qur’an
Tafsir Zaman Rasulullah S.A.W
- Pentafsiran pada zaman ini tidak timbul sebarang masalah kerana Rasulullah s.a.w. sendiri yang mentafsirkan ayat-ayat suci al-Qur’an
- Setiap pentafsiran adalah bersumberkan kepada wahyu Allah: al-Qur’an dan al-Hadith
- Tafsir pada zaman Rasulullah s.a.w. tidak berkembang pesat
- Para sahabat hanya memberi perhatian kepada pentafsiran dan pengajaran yang diberikan oleh Rasulullah s.a.w.
Rasulullah s.a.w.
mentafsirkan semua ayat al-Qur’an ?.
Ø
Para
ulama telah berselisih pendapat
Ø
Ibn
Taimiyyah berpendapat Nabi s.a.w. mentafsir semua ayat al-Qur’an
Ø
Hujjah:
Ø
Dalil
al-Qur’an
وانزلنا
اليك الذكر لتبين للناس ما نزل اليهم ولعلهم يتفكرون
maksudnya:”Dan Kami
turunkan kepada kamu al-Qur’an, agar kamu menerangkan kepada umat manusia apa
yang telah diturunkan kepada mereka moga-moga mereka memikirkan. Surah
al-Nahl:44.
Ø
Ayat
di atas menunjukkan bahawa Rasulullah s.a.w telah menjelaskan semua ayat al-Qur’an
Ø
Jika
tidak, nabi dikira cuai dalam menyampaikan risalah
Ø
Para
sahabat ketika mempelajari sesetengah ayat al-Qur’an tidak melangkauinya
sehingga mereka tahu dan beramal dengannya
Ulasan
v Kita tidak mempertikaikan yang tugas
Rasulullah s.a.w . adalah memberi penjelasan dan keterangan berdasarkan ayat di
atas
v Namun ayat itu tidak bermaksud yang
Rasulullah s.a.w . menjelaskan kesemua ayat.
v Para sahabat tidak tidak semestinya
mempelajari daripada Rasulullah s.a.w .
v Memandangkan al-Qur’an diturunkan
dalam bahasa mereka, Justeru ada ayat yang mereka fahami berpandukan
pengetahuan Bahasa Arab
v Harus juga mereka mengetahuinya
melalui sahabat-sahabat lain yang lebih mendalam ilmu mengenai gaya bahasa,
ungkapan kata, bidalan dan syair.
- Pendapat Imam al-Suyuti:
- Rasulullah s.a.w . tidak menjelaskan semua ayat-ayat al-Qur’an kecuali sebahagian kecil ayat sahaja.
- Hujjah:
- Riwayat `Aisyah katanya: Rasulullah s.a.w . tidak mentafsirkan al-Qur’an kecuali yang dinyatakan oleh Jibrail.
- Penjelasan-penjelasan dan keterangan daripada Rasulullah bagi kesemua ayat al-Qur’an adalah suatu yang luar biasa dan sukar digambarkan Rasulullah s.a.w . memberikan ruang untuk semua supaya berfikir mengenai al-Qur’an
- Doa Nabi Muhammad kepada Ibn `Abbas katanya: اللهم فقه فى الدين وعلمه التأويل
- Jika Rasulullah s.a.w . menjelaskan semua makna al-Qur’an kepada para sahabat, akan samalah pencapaian ilmu mereka, maka tidak bererti lagi doa Rasulullah s.a.w . terhadap Ibn `Abbas tersebut
Ulasan
ü
Tidak
harus berhujjah dengan hadith yang diriwayatkan daripada `Aisyah kerana Ia
adalah hadith Munkar lagi Gharib
ü
Menurut
Abu Hayyan, seandainya hadith ini sahih ia menunjukkan secara umum mengenai
ayat-ayat yang memerlukan penjelasan
ü
Dakwaan
mengenai kemampuan Rasulullah s.a.w . menerangkan setengah ayat sahaja dan
tidak berupaya untuk menjelaskan semua merupakan dakwaan yang tidak boleh
diterima.
ü
Rasulullah
tidak menjelaskan mengenai setengah ayat bagi memberi peluang kepada umat
manusia berfikir. Dakwaan yang bertentangan dengan tugas rasul sepertimana yang
dijelaskan dalam al-Qur'an:
وما انزلنا عليك الكتاب إلا
لتبين لهم الذى اختلفوا فيه وهدى ورحمة لقوم يؤمنون
ü
Apabila
kita menerima pandangan yang Rasulullah tidak mentafsirkan setiap ayat
al-Qur’an, itu bukanlah hujjah untuk mengatakan yang Rasulullah hanya
mentafsirkan sebilangan kecil sahaja daripada ayat-ayat al-Qur’an
Jalan Tengah
ü
Rasulullah
s.a.w . menjelaskan kebanyakan dari makna ayat-ayat al-Qur’an sebagaimana yang
dapat disaksikan dalam karya-karya yang muktabar dimana baginda tidak
menerangkan kesemua makna al-Qur’an
ü
Buktinya
wujud perselisihan dikalangan para sahabat dalam mentakwil setengah ayat
al-Qur’an
Kenapa Nabi Tidak Mentafsir
Semua Ayat
Ø Allah menurunkan wahyu kepada
umatnya dengan bahasa yang mudah difahami
Ø Memberi ruang kepada akal fikiran
manusia berfikir
Ø Tanda keesaan Allah dapat diketahui
menerusi penelitian/ijtihad akal
·
maksudnya:”Nanti Kami akan
perlihatkan kepada mereka tanda-tanda kekuasaan Kami di ufuk-ufuk (langit) dan
pada diri mereka sendiri, sehingga teranglah bagi mereka bahawa al-Qur’an ini
sebenarnya (daripada Allah). Tidakkah cukup bahawa tuhanmu menjadi saksi atas
tiap-tiap sesuatu”
Ø Tindakan Nabi itu merupakan satu
bentuk kemukjizatan al-Qur’an itu sendiri
Ø Suasana masyarakat ketika itu yang
tidak memerlukan penditilan
No comments:
Post a Comment